Cyberjaya,Repair Computer, Repair Laptop, Kedai Repair Komputer Cyberjaya, Kedai Komputer Cyberjaya, Repair LCD, Baiki Komputer / Laptop Cyberjaya, Repair Printer Cyberjaya, HP/Canon Printer.

Friday, 11 September 2015

Tips-tips Penjagaan Motherboard







Tips-tips Penjagaan Motherboard

Bila Sebut sahaja apa kerosakan ianya boleh di baiki tetapi jika motherboard laptop anda yang rosak kosnya memang sangat tinggi dan tidak berbaloi untuk membaikinya. Jadi sebelum ianya terjadi ambillah langkah-II awal untuk mengatasinya.

Langkah-langkah untuk mengatasi :-

1- Jangan biarkan komputer ON tanpa menutupnya selama 24 jam kerana kegagalan kipas processor berfungsi akan membuat motherboard laptop anda terbakar.
2- Jangan biarkan komputer terlalu panas melampau atau overheat terutama bagi laptop yang berprocessor AMD.
3- Jangan sesekali  menumpahkan sebarang air di atas laptop anda. oleh yang sedimikian ,  ia akan mengakibatkan motherboard tidak akan berfungsi.

4- Jangan letakkan laptop anda di atas tilam, bantal atau sebarang fabrik yang menyerap haba ini kerana ia, akan menambahkan lagi kepanasan komputer riba anda.

5- Seterusnya, Jangan ON kan Laptop anda di tempat yang berhabuk kerana proses penyejukan laptop akan menyedut udara dari luar ke dalam dan pasti membawa habuk melekat pada kipas dan hitsink laptop.

Sekian dari kami Kedai Komputer Cyberjaya/Siber Callysta Cyberjaya memberi tips-tips yang berguna untuk anda .

Ada cadangan atau soalan, sila komen di sibercallysta.blogspot.com dan jika anda rasa tips ini berguna tolong sebarkan kepada rakan2 ya! :-)
terima kasih !!!

Thursday, 10 September 2015

Tips melindungi komputer dari ancaman virus dan malware



                                        Image result for computer virus














Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.

Berikut merupakan cadangan2 dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.


1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini


Pengguna windows xp paling banyak menjadi mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asal windows xp iaitu Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking dan banyak lagi serangan sekuriti.
Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.

Image result for gambar google chrome   


2. Memasang perisian antivirus

 
Image result for gambar antivirus 

                   Antivirus SmadAV2013

Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.

Antivirus yang popular antaranya ialah:
Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) – pilihan saya
AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)
Avira antivirus (versi percuma dan berbayar)
Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)
Nod32 (versi percuma dan berbayar)
Norton (shareware)
McAfee (shareware)

Ini diantara perisian-perisian antivirus yang sering digunakan oleh orang ramai dan boleh melindungi komputer /laptop dari serangan virus .


 3. Memasang perisian antispyware

Image result for gambar spyware 
                     spyware

Ramai dikalangan kita ni selalu ingat spyware ni sama seperti virus. Spyware tidak sama dengan virus.Perbezaan diantara Virus & spyware ialah Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.
Walaupun setengah antivirus juga terpasang fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.

Antara perisian antispyware popular:

Threatfire (versi percuma dan berbayar) – pilihan saya
PcTools Spyware Doctor (shareware)
Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)
Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)
Superantispyware (versi percuma dan berbayar)
Spysweeper (berbayar)
Spyware terminator (percuma)

so ,sampai disini sahaja saya dari Siber Callysta Cyberjaya berkongsi tips bagaimana untuk menjaga komputer kita dari virus yang menjadi musuh ketat untuk komputer .

PERINGATAN !!!!!!

sebelum anda cucuk pendrive ,scan dulu dengan antivirus anda. Elakkan buka dengan cara double klik pada icon drive, seeloknya buka dari adress bar dalam my computer.

Ada cadangan atau soalan, sila komen dan jika anda rasa tips ini berguna tolong sebarkan kepada rakan2 ya! :-)





Tips tips menjaga adapter charger



Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang bagaimana hendak menjaga komputer yang kami rasa patut dikongsi bersama anda semua. Di sini adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu anda:

 1)  Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi.





2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda.



3) Selalu cabut charger apabila charger anda sudah terlalu panas. Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop. Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus menjaga bateri dan charger anda.





    4) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baik jika laptop anda sedang ‘OFF’



5) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Ini untuk mengelakkan terlebih panas.



6) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru.


                                                           TIPS-TIPS YANG BERKESAN!
Kalau guna charger jangan guna bateri

Kalau guna bateri jangan guna charger

Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF

Wednesday, 9 September 2015

Produk-produk kami



Perkhidmatan kami:


Penjagaan Keyboard

Penjagaan Keyboard




Tips ringkas untuk menjaga keyboard notebook anda agar dapat bertahan lebih lama. Keyboard di laptop @ notebook tidak sama dengan keyboard pada pc atau external keyboard.

TIPS PENJAGAAN PRINTER


TIPS PENJAGAAN PRINTER




  1. Bersihkan printer:- Rajin-rajinlah membersihkannya. Dan pastikan semasa membersihkan, Suis hendaklah di’OFF kan.
  2. Jangan membiarkan printer terlalu lama:-  Paling lama pun, printer hendaklah digunakan seminggu sekali, dan semua warna hitam putih/warna hendaklah digunakan. Supaya ink tidak mengering di Head Printer.
  3. Catridge jangan kosong:- Apabila catridge  semakin kurang, isikanlah dengan segera. Kalau dah kosong nanti, catridge tersebut tidak boleh digunakan.

Saturday, 5 September 2015


SIBER CALLYSTA ,CYBERJAYA




SYARIKAT KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN SEPERTI BAIKPULIH KOMPUTER, MENJUAL PERALATAN KOMPUTER DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN.


Popular Posts