TIPS PENJAGAAN PRINTER
- Bersihkan printer:- Rajin-rajinlah membersihkannya. Dan pastikan semasa membersihkan, Suis hendaklah di’OFF kan.
- Jangan membiarkan printer terlalu lama:- Paling lama pun, printer hendaklah digunakan seminggu sekali, dan semua warna hitam putih/warna hendaklah digunakan. Supaya ink tidak mengering di Head Printer.
- Catridge jangan kosong:- Apabila catridge semakin kurang, isikanlah dengan segera. Kalau dah kosong nanti, catridge tersebut tidak boleh digunakan.
- Jangan sentuh PIN CMOS:- jangan sekali kali menyentuh pin CMOS sebab benda tu mudah rosak. Jika diperhatikan CMOS tersebut ada tanda pangkah yang bererti jangan di sentuh.
- Tutup printer mengikut aturannya:- Maksudnya tutuplah printer dengar menekan butang tutup. Jangan terus menutup printer dengan meng’OFF’kan plug. Kalau selalu buat macam tu, alamatnya cepatlah hayat printer tu.
- Jangan diamalkan mencetak gambar tebal:- maksudnya kurangkan mencetak gambar yang tebal seperti kotak hitam yang besar dan sebagainya. Ini akan membebani kerja head printer seterusnya memendekkan hayatnya.
- Jangan mencetak dengan kertas yang rosak:- kerana kertas-kertas itu mudah tersangkut danmenyebabkan kertas jem. Cetaklah dengan menggunakan kertas Bersih.
No comments:
Post a Comment