Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.
Berikut merupakan cadangan2 dari saya.
Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi
komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.
1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini
Pengguna windows xp paling banyak menjadi
mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asal windows xp iaitu
Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah
kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak
hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking
dan banyak lagi serangan sekuriti.
Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.
2. Memasang perisian antivirus
Antivirus SmadAV2013
Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer
dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat
yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.
Antivirus yang popular antaranya ialah:
– Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) – pilihan saya
– AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)
– Avira antivirus (versi percuma dan berbayar)
– Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)
– Nod32 (versi percuma dan berbayar)
– Norton (shareware)
– McAfee (shareware)
Ini diantara perisian-perisian antivirus yang sering digunakan oleh orang ramai dan boleh melindungi komputer /laptop dari serangan virus .
3. Memasang perisian antispyware
spyware
Ramai dikalangan kita ni selalu ingat spyware ni sama seperti virus. Spyware tidak sama dengan virus.Perbezaan diantara Virus & spyware ialah Virus
merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri
data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan
windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan
sebagainya.
Walaupun setengah antivirus juga terpasang
fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian
antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.
Antara perisian antispyware popular:
– Threatfire (versi percuma dan berbayar) – pilihan saya
– PcTools Spyware Doctor (shareware)
– Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)
– Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)
– Superantispyware (versi percuma dan berbayar)
– Spysweeper (berbayar)
– Spyware terminator (percuma)
so ,sampai disini sahaja saya dari Siber Callysta Cyberjaya berkongsi tips bagaimana untuk menjaga komputer kita dari virus yang menjadi musuh ketat untuk komputer .
PERINGATAN !!!!!!
sebelum anda cucuk pendrive ,scan dulu dengan antivirus anda. Elakkan buka dengan cara double klik
pada icon drive, seeloknya buka dari adress bar dalam my computer.
Ada cadangan atau soalan, sila komen dan jika anda rasa tips ini berguna tolong sebarkan kepada rakan2 ya! 

No comments:
Post a Comment